Saturday, 27 August 2011

KEKUATAN UNTUK HARI INI

"Segala perkara dapat kutanggung di dalam DIA yang memberi kekuatan kepadaku"
Filipi 4:13


Kesaksian ini sangat memberkati....

Kebanyakan orang mempunyai kalendar atau buku temujanji sebagai tempat mencatat butir-butir perkara yang akan dilakukan di masa akan datang, begitu juga saya.  Tapi seorang teman Kristian saya menggunakan buku catatannya dengan cara yang berlainan, malah bertentangan dengan cara yang saya gunakan.  Dia merekodkan perkara yang utama sehinggalah perkara tersebut sudah berlaku.

Contohnya, 
Setiap pagi atau setiap hari dia berdoa," Tuhan, aku keluar dengan kekuatan yang telah Engkau berikan padaku semata-mata".  Pakailah aku sesuai dengan kehendakMu, biar ke mana aku pergi".  Kemudian, selepas dia melakukan sesuatu yang luar biasa atau sukar, dia mencatatkannya dalam buku catatannya atau lebih senang kita gelar diari pada sebelah petang.

Contohnya seperti berikut:
"Hari ini aku dimampukan untuk bersakasi kepada seorang teman"
"Hari ini Tuhan memampukan aku untuk mengatasi ketakutanku, melalui iman"
"Hari ini Tuhan memampukan aku menolong dan mendorong orang susah"

Teman saya ini menggunakan perkataan memampukan kerana dia tahu dia tidak melakukan perkara itu tanpa pertolongan Tuhan.  Dengan kata "memampukan" dia telah memberi segala kemuliaan kepada Tuhan.  Segala sesuatu yang telah dia lakukan bukanlah oleh kekuatan dirinya semata-mata, malah segalanya dari kekuatan tangan Tuhan yang menyertainya setiap detik dalam harinya.

Setiap kali kita memulakan hari yang baru, mohonlah Tuhan menguatkan dan memakai kita, supaya kita dalam menjadi saksi Kristus biar dimana kita pergi.  Bukan hanya dari kata-kata, malah segala apa yang kita perlakukan, mungkin ada yang kita sedar, ada juga yang kita tidak sedar.  Ketika kita mengimbas semua hari ini, kita akan memuji Tuhan, kerana DIA telah memampukan kita menjalani hari bersama DIA.

Tuhan, kuatkan aku memlakukan tugas hari ini,
Bukan ku pinta untuk hari esok,
Semoga aku berkata waktu matahari masuk,
Tuhan telah memimpin aku hari ini.

Tuhan sentiasa memberikan kekuatan yang cukup untuk langkah seterusnya.

Tuhan memberkati saya, Tuhan memberkati anda juga..
Sama-sama kita diberkati!
Amen!!!

0 yang diberkati:

Post a Comment

Sharing is Caring

~BagiMu Tuhan Segala Pujian~

Countdown to Natal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Christmas tickers
 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design