Showing posts with label KekuatanKu. Show all posts
Showing posts with label KekuatanKu. Show all posts

Tuesday, 6 September 2011

Anda marah???

Kemarahan adalah kanser paling dahsyat yang dihidapi oleh seseorang tanpa dia sedari.


Seperti yang tertulis dalam alkitab;
"Apabila kamu marah, janganlah kamu berbuat dosa, janganlah matahari terbenam, sebelum padam marahmu."
Efesus 4:26
Saya sangat tertegur secara peribadi oleh ayat ini.  
Memang tidak boleh dielakkan kadang-kadang perasaan marah ini darpiada terjadi. Jadi, apa yang saya lakukan, saya cuba untuk berkomitmen.
Perghhh..bukan senang...sebab kadang-kadang jiwa saya pun memberontak sendiri. Sampai kan jiwa dan roh saya bertengkar yang benar-benar membuatkan saya depresi!!

Tapi apa yang saya rasa, ketika marah keadaan akan menjadi lebih parah.  kadang- kadang timbul penyesalan, kesakitan, kerugian, malu dan macam-macam perkara yang negatif setelah amarah, apatah lagi kalau ia berlanjutan.

Saya sedar, kemarahan ini adalah salah satu jalan si iblis untuk memancing jiwa kita untuk melakukan pekerjaannya...yalah, kalau kita sedar, di saat marah mendatang, apa yang kita fikirkan adalah kepuasan untuk diri, segalanya untuk menangkan diri. Naaa..kan ini mahunya si iblis.
Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang kita lakukan, apa itu orang yang kitra sayangi, ataupun yang sepatutnya kita hormati sperti ibu bapa, pendidik...malah Tuhan Yesus sendiri.

Kemarahan dapat datang tiba-tiba; ketika kita dicurangi, dituduh bersalah, atau saat melihat ketidakadilan. Pemazmur mngetahui apa yang dialami oleh setiap manusia di dunia ini sehingga ia menuliska mengenai bagaimana cara meredakannya.  Pemazmur memberikan nasihat agar bagi orang yang marah hendaklah memberhentikan amarahnya ( Mazmur 37:8), dan menyerahkan segala masalahnya kepada Tuhan. Biar Tuhan yang bertindak dan bekerja di saat kita rasa keadaan tidak berpihak kepada kita seperti apa yang kita sedang alami.Ingatlah, kemarahan tidak berguna. Jika disimpan, ia bagaikan sampah yang mengotorkan hati.

Adakah kita sedar, kita sedang marah atau sringkali marah???
Ya lah...macam sensitif temperature...sikit-sikt meletup..
Memang...saya sendiri akui, marah ni datang...tak boleh dicegah, tapi ia boleh diredakan!!
Ceritakanlah pergumulan emosi anda kepada Tuhan, nantikan Dia bertindak dengan sabar.
Ingat kepada firman Tuhan, padamkan amarah anda sebelum matahari terbenam. Jangan biarkan kemarahan mengotorkan hati, mematahkan semangat dan mengganggu waktu tidur anda..

Kemarahan adalah penyakit yang boleh dicegah sebelum ia merebak ke seluruh anggota tubuh rohani kita.
Mari kita sama-sama berkomitment untuk SABAR meniti hari-hari bersama Kristus.


Hidup pasti diberkati dan seterusnya memberkati!!

Haleluyah~~

Saturday, 27 August 2011

KEKUATAN UNTUK HARI INI

"Segala perkara dapat kutanggung di dalam DIA yang memberi kekuatan kepadaku"
Filipi 4:13


Kesaksian ini sangat memberkati....

Kebanyakan orang mempunyai kalendar atau buku temujanji sebagai tempat mencatat butir-butir perkara yang akan dilakukan di masa akan datang, begitu juga saya.  Tapi seorang teman Kristian saya menggunakan buku catatannya dengan cara yang berlainan, malah bertentangan dengan cara yang saya gunakan.  Dia merekodkan perkara yang utama sehinggalah perkara tersebut sudah berlaku.

Contohnya, 
Setiap pagi atau setiap hari dia berdoa," Tuhan, aku keluar dengan kekuatan yang telah Engkau berikan padaku semata-mata".  Pakailah aku sesuai dengan kehendakMu, biar ke mana aku pergi".  Kemudian, selepas dia melakukan sesuatu yang luar biasa atau sukar, dia mencatatkannya dalam buku catatannya atau lebih senang kita gelar diari pada sebelah petang.

Contohnya seperti berikut:
"Hari ini aku dimampukan untuk bersakasi kepada seorang teman"
"Hari ini Tuhan memampukan aku untuk mengatasi ketakutanku, melalui iman"
"Hari ini Tuhan memampukan aku menolong dan mendorong orang susah"

Teman saya ini menggunakan perkataan memampukan kerana dia tahu dia tidak melakukan perkara itu tanpa pertolongan Tuhan.  Dengan kata "memampukan" dia telah memberi segala kemuliaan kepada Tuhan.  Segala sesuatu yang telah dia lakukan bukanlah oleh kekuatan dirinya semata-mata, malah segalanya dari kekuatan tangan Tuhan yang menyertainya setiap detik dalam harinya.

Setiap kali kita memulakan hari yang baru, mohonlah Tuhan menguatkan dan memakai kita, supaya kita dalam menjadi saksi Kristus biar dimana kita pergi.  Bukan hanya dari kata-kata, malah segala apa yang kita perlakukan, mungkin ada yang kita sedar, ada juga yang kita tidak sedar.  Ketika kita mengimbas semua hari ini, kita akan memuji Tuhan, kerana DIA telah memampukan kita menjalani hari bersama DIA.

Tuhan, kuatkan aku memlakukan tugas hari ini,
Bukan ku pinta untuk hari esok,
Semoga aku berkata waktu matahari masuk,
Tuhan telah memimpin aku hari ini.

Tuhan sentiasa memberikan kekuatan yang cukup untuk langkah seterusnya.

Tuhan memberkati saya, Tuhan memberkati anda juga..
Sama-sama kita diberkati!
Amen!!!

Thursday, 25 August 2011

I'm Never Alone

"Sekalipun pohon ara tidak berbunga, pohon anggur tidak berbuah, hasil pohon zaitun mengecewakan, sekalipun ladang-ladang tidak menghasilkan bahan makanan, kambing domba terhalau dari kurungan, dan tidak ada lembu sapi dalam kandang, namun aku akan bersorak-sorak di dalam Tuhan, beria-ria di dalam Allah yang menyelamatkan aku. ALLAH Tuhanku itu kekuatanku: Ia membuat kakiku seperti kaki rusa, Ia membiarkan aku berjejak di bukit-bukitku"

(Habakuk 3:17-19)

Sesungguhnya Tuhan tidak pernah membiarkan kita sendiri!!

Dia sentiasa ada untuk kita
Tuhan memberkati!!

Iman ku..biarlah tetap hidup!

2 Petrus 3:11
"Jadi, jika segala sesuatu ini akan hancur secara demikian, betapa suci dan salehnya kamu harus hidup"

Berkat Tuhan yang sangat membangunkan iman saya hari ini..
Biar apapun yang akan terjadi pada apa yang kita lihat dan kita harapkan di dunia ini...meskipun apa yang kita miliki di dunia...yang penting...apa yang kita punya dalam Roh...iaitu iman percaya kepada Tuhan harus tetap hidup dan terus kukuh bersinar.
Seperti keadaan yang berlaku khasnya keadaan semasa di negara ini...apa-apa pun yang kita perjuangkan, biar secara duniawi kita tunduk, tapi..jangan putus asa berdoa dan 'berperang ' dalam roh, kerana kita sebagai orang percaya bukanlah berjuang dengan kekuatan jasmani dan fikiran manusia tapi, kita mengandalkan segala khidmat dari Tuhan dan bertekun di dalam doa.  Kerana ingatlah, doa orang benar itu sangat besar kuasanya.
Amen!

Saya diberkati, anda diberkati, kita sama2 diberkati.

Sharing is Caring

~BagiMu Tuhan Segala Pujian~

Countdown to Natal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Christmas tickers
 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design